
KOPERASI MBAH ANANG MUAR BERHAD
“Melestarikan Tradisi Leluhur”
“Kelestarian ESG Mampan”
Pengenalan
Koperasi Mbah Anang Muar Berhad merupakan pertubuhan yang komited memelihara dan melestarikan budaya kesenian Jawa seperti gamelan, barongan, silat, dan lain-lain.
Koperasi Mbah Anang Muar Berhad ditubuhkan pada tahun 2024 dan dimiliki sepenuhnya oleh anggota Keraton Mbah Anang yang secara khususnya terdiri daripada kakitangan Persatuan Jawa Parit Bugis Muar Johor (PEJAWA). Matlamat koperasi adalah untuk menjana pendapatan dan meningkatkan sektor sosio-ekonomi melalui penganjuran dan penglibatan aktiviti seni dan kebudayaan masyarakat Jawa di Malaysia.

VISI
- Menjadi sebuah Koperasi yang dapat membantu meningkatkan sosio-ekonomi anggota Koperasi Mbah Anang Muar Berhad.
- Memberikan pulangan dividen yang kompetitif kepada anggota Koperasi Mbah Anang Muar Berhad melalui hasil keuntungan jualan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan koperasi.


MISI
- Dedikasi untuk menyediakan produk dan perkhidmatan yang terbaik dan diyakini pelanggan terutamanya kepada anggota Koperasi Mbah Anang Muar Berhad.
- Komited untuk mencapai kecemerlangan dalam setiap aspek ekonomi kami, dengan memberi fokus terhadap kebudayaan yang berkonsepkan budaya masyarakat Jawa.
OBJEKTIF KOPERASI
- Meningkatkan kepuasan pelanggan melalui penyediaan produk dan servis yang berkualiti tinggi serta perkhidmatan pelanggan yang unggul.
- Mengembangkan jaringan perniagaan yang lebih luas dengan membina hubungan strategik dan kerjasama dengan institusi kebudayaan tempatan dan luar negara
- Memastikan kemampanan dan kestabilan kewangan koperasi melalui pengurusan yang cekap dan berintegriti.

HALA TUJU KOPERASI




- Pembangunan Kampung Budaya
- Merancang dan membina pusat kebudayaan yang berfungsi sebagai tempat penyelidikan, pendidikan, dan pemuliharaan warisan budaya Jawa, serta menjadi destinasi pelancongan budaya.
- Penyelidikan dan Dokumentasi
- Melaksanakan usaha penyelidikan dan dokumentasi mengenai adat istiadat, tradisi, dan sejarah masyarakat Jawa tempatan, serta menerbitkan hasil penyelidikan ini untuk rujukan generasi akan datang.
- Kolaborasi dengan Agensi Budaya
- Membangun kerjasama dengan organisasi budaya, universiti, dan badan kerajaan untuk mempromosikan budaya Jawa di peringkat nasional dan antarabangsa, serta mendapatkan sokongan dalam usaha pemeliharaan dan promosi.
- Pemuliharaan Tradisi Jawa
- Memastikan amalan-amalan budaya dan tradisi Jawa terus dipelihara dan disampaikan kepada generasi akan datang, melalui program-program khusus yang mengintegrasikan nilai-nilai ini dalam kehidupan harian masyarakat.




Keraton Embah Anang
144-3 Parit No 1, Jalan Yusuf, Kampung Parit No 1, 83600 Semerah, Johor
+6010 531 6589 / +6013 679 3242
© Copyright 2024 Keraton Embah Anang. All Rights Reserved.
