
Keraton Embah Anang

Keraton Embah Anang
Surat mana yang kita bentang, Sumpah Palapa orang dahulu,
Adat Jawa yang kita pegang, Pusaka Jawa di Alam Melayu.
Tentang Kami
Keraton Embah Anang
Karaton Embah Anang merupakan tempat yang ditubuhkan oleh anak-anak keturunan jawa dari Kampung Parit Bugis yang sebahagiannya menetap di daerah yang berbeza dalam negeri Johor.
Tujuanya adalah untuk mengeratkan dan menguatkan silaturahim anak-anak jawa serta menyuburkan jiwa kemasyarakatan dan seni budaya jawa yang telah diwariskan oleh para leluhur kami.
Kebudayaan jawa telah menjadi sebahagian budaya Malaysia dalam kalangan orang melayu berketurunan jawa. Aktiviti hidup bermasyarakat dan seni budaya seperti barongan, kuda kepang, kompang jidur, ludruk, wayang kulit dan yang lain-lain perlu dipelihara agar ia terus mekar dan subur menjadi warisan zaman-berzaman.
Keraton Mbah Anang juga adalah lokasi pejabat Persatuan Jawa Parit Bugis Muar Johor yang mana ianya adalah sebuah rumah pusaka yang dibangunkan semula menempatkan seni bina ukiran jawa.







Komen Dari Masyarakat
“爪哇屋”被古色古香的塔墙围绕着,外景非常壮观”
《中國報》柔佛人
(China Press Johor)
“Mengenal dan merasa sendiri pengalaman kehidupan budaya tempatan dan mendengar kisah-kisah tentangnya memberi peluang diri ini memahami beberapa perbezaan dan persamaan antara Jepun dan Parit Bugis. Walaupun kita boleh mencari segala-galanya di dalam talian sekarang, saya rasa kita dapat merasai budaya dengan lebih baik dengan pengalaman secara langsung…”
Ito Yuki
(Japan)
“Today, I fulfilled an aspiration to embark on a journey to explore my Riau-Johor Malay roots and its intersection with Javanese cultural heritage. Thank you Persatuan Jawa Parit Bugis Muar Johor and Kraton Mbah Anang for the invitation to share my perspectives on Javanese culture in the Malay World.”
Suryakenchana Omar
(Singapore)
“The weekend trip to Parit Jawa/ Parit Bugis was memorable not only for the opportunity to explore the Javanese diaspora of Johore in the Muar/ Batu Pahat district – the food, the culture and specifically the Wong Jowo Festival…”
Rossman Ithnain
(Singapore)
“Saya dan rakan2 teruja melihat R&D orang kampung Pt Bugis yg diterjemahkan dlm bentuk produk pelancongan yang menyangga budaya masyarakat Jawa di Nusantara. Ia berjaya menarik pelancong dari dalam dan luar negara serta memberi manfaat kepada ramai peniaga/ penggiat budaya / masyarakat setempat. Ini hebat kerana banyak sungguh R&D yang dibuat yang menelan belanja jutaan ringgit tetapi tidak mampu dikomersilkan. Ia bukan perkara yg mudah..
TAHNIAH org Muo & org Pt Bugis! Banyak yg kami belajar… 💪”
Azizi Yusoff
(Muar, Malaysia)
“Parit Bugis, Muar is one of the popular Javanese community locations, not only because of the existence of Keraton Embah Anang, but also because of the richness of the Javanese community’s indigenous culture inherited from their ancestors for generations. The art of Barongan and Kuda Kepang dance, for example, is one of the traditional dances of the Johor Javanese community, mainly presented during weddings, and celebrations…”
THE CEO e-Magazine
(Selangor, Malaysia)


“Pesta Bulan Mengambang anjuran Persatuan Jawa Parit Bugis Muar adalah satu pesta bulanan yang diadakan pada setiap bulan mengambang. Budaya serta adat orang Jawa disambut, diraikan serta dipromosikan kepada orang ramai , komuniti setempat serta orang luar yang turut hadir pada malam tersebut. Puisi, silat, barongan, zapin, wayang kulit, upacara mandikan keris serta beberapa tarian lain turut dipersembahkan untuk tontonan orang ramai.
Kraton Embah Anang di Parit Bugis Muar memang menjadi lokasi tumpuan ramai bukan saja pada Pesta Bulan Mengambang tapi juga boleh dikunjungi pada hari biasa. Persatuan Jawa Parit Bugis juga adalah antara tulang belakang menjayakan program ini yang turut mendapat sokongan daripada Aswara serta beberapa penggiat seni yang lain. Seronok dapat meraikan pelbagai budaya dan adat komuniti-komuniti unik di Muar.
Terima kasih kerana sudi menjemput saya.
Saya menantikan sambutan seterusnya.
Ada yang nak pergi dengan saya?
Mari saya tunjukkan keunikan Muar kepada semua.
– Syed Saddiq Syed Abdul Rahman al-Sagoff
(Muar, Malaysia)
Keraton Embah Anang
144-3 Parit No 1, Jalan Yusuf, Kampung Parit No 1, 83600 Semerah, Johor
+6010 531 6589 / +6013 679 3242
persatuanjawaparitbugis01@gmail.com
© Copyright 2024 Keraton Embah Anang. All Rights Reserved.





