Program Kami

Pesta Bulan Mengambang

Pesta Bulan Mengambang adalah penganjuran acara kesenian dan kebudayaan yang disambut setiap bulan yakni pada 15 hari bulan Islam dan atau tarikh terdekat yang bersesuaian. Objektif penganjuran acara ini adalah untuk memupuk anak bangsa supaya mengenali elemen-elemen budaya lalu menyerapnya menjadi budaya bangsa yang mengakar dalam jiwa setiap individu.

Pesta Bulan Mengambang ini juga bertujuan untuk memeriahkan seni budaya agar masyarakat sekitar dan luar mengenali lebih dekat budaya bangsa jawa terutamanya generasi muda. Pesta ini juga dapat menarik para pelancong untuk mengenali apa itu budaya diaspora Jawa Malaysia. Para pelancong dari dalam dan luar negara akan berpeluang melihat sendiri secara dekat bagaimana persembahan seni dan budaya ini dijalankan.

Berbekalkan kepercayaan dan sokongan berterusan yang telah diberikan oleh pelbagai pihak terutamanya daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), Tourism Malaysia dan juga Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Johor kami telah berjaya melaksanakan secara bulanan Program Pesta Bulan Mengambang.

Keraton Embah Anang
144-3 Parit No 1, Jalan Yusuf, Kampung Parit No 1, 83600 Semerah, Johor

+6010 531 6589 / +6013 679 3242

persatuanjawaparitbugis01@gmail.com

© Copyright 2024 Keraton Embah Anang. All Rights Reserved.

Apakah ini situs baru Anda? Masuk untuk mengaktifkan fitur admin dan mengabaikan pesan ini
Login