

PENGASAS
Johar bin Paimin
Johar bin Paimin atau lebih dikenali sebagai Wak Jo berusia 52 tahun. Anak jati Kampung Parit Bugis ini dilahirkan pada tanggal 14 Jun 1972 bersamaan dengan hari Rabu Wage menurut kalendar jawa dan menetap di Batu Pahat, Johor. Beliau menerima pendidikan formal sehinggat peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di Maktab Adabi Muar.
Selain berkebun di kampung, Wak Joe ialah seorang pencinta seni dan muzik. Beliau mula menceburi bidang ini secara serius sejak tahun 2002 apabila menyertai jelajah Konsert Semporna Rock Tour di seluruh Malaysia dengan memberi sumbangan tenaga kreatif sehinggalah diberi kepercayaan untuk memikul tugas sebagai Pengarah Seni untuk beraneka acara kebudayaan dan kesenian yang dianjurkan oleh pelbagai pihak terutamanya persembahan reog barongan, kuda kepang dan tarian zapin.
Wak Joe mempunyai minat mengumpul barangan antik dan perabot seni ukiran kayu. Pasa masa lapang, beliau juga gemar membaca buku-buku langka yang baginya menarik untuk dikaji dan mempunyai nilai sastera, sejarah dan budaya yang sangat tinggi. Moto hidupnya, ‘Hidup itu Perjuangan’.

PENAUNG
IR. TS. DR. HAJAH SITI FAIRUS HAJI ZAKARIA

PENASIHAT
ZAMZURIAH ZAHARI

PENASIHAT
DR. ARIF DATOEM

PENASIHAT
DR. BAMBANG SM SAID
Persatuan Jawa Parit Bugis
144-3 Parit No 1, Jalan Yusuf, Kampung Parit No 1, 83600 Semerah, Johor
+6010 531 6589 / +6013 679 3242
persatuanjawaparitbugis01@gmail.com
© Copyright 2024 Persatuan Jawa Parit Bugis. All Rights Reserved.