
Keraton Embah Anang

Persatuan Jawa Parit Bugis
PPM-018-01-13122021
Surat mana yang kita bentang, Sumpah Palapa orang dahulu,
Adat Jawa yang kita pegang, Pusaka Jawa di Alam Melayu.
Tentang Kami
Persatuan Jawa Parit Bugis
Persatuan Jawa Parit Bugis Muar Johor merupakan persatuan yang ditubuhkan oleh anak-anak keturunan jawa dari Kampung Parit Bugis yang sebahagiannya menetap di daerah yang berbeza dalam negeri Johor. Ia didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 pada 13 Disember 2021.
Tujuan persatuan ini ditubuhkan adalah untuk mengeratkan dan menguatkan silaturahim anak-anak jawa serta menyuburkan jiwa kemasyarakatan dan seni budaya jawa yang telah diwariskan oleh para leluhur kami.
Kebudayaan jawa telah menjadi sebahagian budaya Malaysia dalam kalangan orang melayu berketurunan jawa. Aktiviti hidup bermasyarakat dan seni budaya seperti barongan, kuda kepang, kompang jidur, ludruk, wayang kulit dan yang lain-lain perlu dipelihara agar ia terus mekar dan subur menjadi warisan zaman-berzaman.
Keraton Mbah Anang adalah lokasi pejabat Persatuan Jawa Parit Bugis Muar Johor yang mana ianya adalah sebuah rumah pusaka yang dibangunkan semula menempatkan seni bina ukiran jawa.







Visi
Menjadikan budaya Jawa Melayu yang merupakan cara hidup (way of life) dipelihara dan dilestarikan.




Misi
- Menyemarakkan kegiatan kemasyarakatan dan seni budaya
- Menghasilkan suatu karya untuk pemeliharaan seni budaya dalam ingkungan tradisi masyarakat
- Berperan aktif dalam usaha pengembangan aktiviti kemasyarakatan, komuniti dan seni budaya berganding bahu dengan penggiat seni tanah air dan serantau
- Menjunjung tinggi nilai kekeluargaan bagi melahirkan waris penerus kebudayaan dan kesenian
Persatuan Jawa Parit Bugis
144-3 Parit No 1, Jalan Yusuf, Kampung Parit No 1, 83600 Semerah, Johor
+6010 531 6589 / +6013 679 3242
persatuanjawaparitbugis01@gmail.com
© Copyright 2024 Persatuan Jawa Parit Bugis. All Rights Reserved.





